Tuesday, 12 February 2013

BEBERAPA PENDAPAT TENTANG KESIHATAN



Ibnu musawaih berkata:

1. Barangsiapa memakan bawang selama 40 hari sehingga wajahnya merah menghitam atau mengeluarkan darah dengan sengaja dan hanya memakan garam yang mengakibatkan timbulnya sakit burut dan kurap;

2. atau makan telur dengan ikanyang mengakibatkanbadannya lumpuh sebahagian.
3. atau pergi tidur padahal perutnya penuh dengan makanan lalu terkena penyakit mati badan sebelah;
4. atau mengisiperutnya dengan susu dan ikan sekaligus lalu ia kena penyakit campak;
5. atau bermimpi keluar mani tanpa mandi lalu bersetubuh dengan isterinya yang mengakibatkan lahirnya anak yang kurang waras;
6. maka untuk masing-masing inijanganlah ia menyalahkan siapa-siapa kecuali dirinya sendiri.”


Ibnu bukhtayasyu’ berkata:

1. Hindarkanlah makan telur bersama ikan, kerana dapat mengakibatkan sakit gigi geraham dan buasir.
2. Membiasakan dan terlalu banyak makan telur dapat menimbulkan bintik hitam pada wajah.
3. Mandi air dingin setelah makan ikan segar, boleh menimbulkan kelumpuhan bahagian badan.
4. Bersetubuh dengan wanita yang sedang haid dapat menimbulkan penyakit kusta.


Hariths bin kaldan berpendapat:

1. Barangsiapa ingin tetap sihat pada hari tuanya
a.       hendaklah ia sarapan pagi-pagi benar,
b.      bersegera makan malam,
c.       mengurangi kerja berat dan
d.      mengurangi banyak bersetubuh.

2. Empat perkara merosakkan badan:
a.       Bersetubuh dalam keadaan perut kekenyangan,
b.      Tidur dalam keadaan perut penuh makanan,
c.       Memakan daging yang dikeringkan,
d.      Bersetubuh dengan orang lemah/sakit.
  
3. Hariths pernah didatangi didatangi orang dan menanyakan kepadanya: “Perintahkanlah kepada kami berbuat sesuatu yang kami tidak memerlukan pendapat orang lain lagi sesudah itu Gagamengenai masalah kesihatan!”
Harith menjawab:
a.       Jangan kamu kahwin kecuali dengan wanita yang berusia muda.
b.      Jangan makan buah-buahan bukan musimnya.
c.       Jangan memakan ubat yang mempunyai akibat sampingan.
d.      Kamu harus membersihkan perut besar kamu sekali dalam sebulan untuk menghilangkan kelebihan lemak dan mengencangkan kulit.
e.      Selesai makan, tidurlah/istirehatlah sejenak.
f.        Jika hendak tidur malam, hendklah berjalan-jalan lebih dahulu sebanyak 40 langkah.


imam syafi’I berpesan:
1.       Empat perkara dapat menguatkan tubuh iaitu:
a.       Makan daging,
b.      Mencium wangian harum-haruman,
c.       Sering mandi dan
d.      Memakai pakaian daripada kapas.
2.       Empat perkara yang melemahkan tubuh iaitu:
a.       Terlalu banyak bersetubuh,
b.      Terlalu banyak bersedih,
c.       Terlalu banyak meneguk air liur dan
d.      Terlalu sering memakan masam-masam.
3.       Empat perkara yang mempertajamkan penglihatan iaitu:
a.       Duduk menghadap kaabah,
b.      Mencelak mata setiap malam,
c.       Memandang yang hijau-hijau dan
d.      Membersihkan tempat duduk.
4.       Empat perkara yang dapat mengaburkan mamta iaitu:
a.       Melihat yang kotaor-kotor,
b.      Melihat orang yang disalib,
c.       Melihat kemaluan wanita dan
d.      Duduk membelakangi kaabah.
5.       Empat perkara yang dapat menambah kekuatan akal iaitu:
a.       Meningalkan perkataan sia-sia,
b.      Bersugi,
c.       Menghadiri majlis ilmu orang-orang soleh dan

d.      Majlis para ulama.

No comments:

Post a Comment