Thursday, 11 July 2013

RINGKASAN: DOSA-DOSA BESAR



Syirik

Syirik  atau menyekutukan Allah adalah sesuatu yang amat diharamkan dan secara mutlak ia merupakan dosa yang paling besar. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar (tagi kali)? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Menyekutukan Allah s.a.w.” (Muttafaq ‘alaih, al-Bukhari)

Setiap dosa kemungkinan diampuni oleh Allah s.w.t. kecuali dosa syirik, ia memerlukan taubat secara khusus, Allah berfirman: ( Q.S. al-Nisa: 48 )

Di anatara  bentuk syirik adalah syirik akhbar.  Syirik ini menjadi penyebab keluarnya  seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika meninggal dunia dalam keadaan demikian,  akan kekal di dalam neraka.

Di antara bentuk-bentuk syirik yang umum berlaku di sebahagian besar negara-negara Islam adalah:

Menyembah kuburan

Menyembelih bintang selain Allah atau selain nama Allah

Menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal

Menyakini bahawa  seseorang memiliki hak  dalam masalah halal dan haram selain Allah

Berhukum dengan perundangan jahiliah secara sukarela dan atas kemahuannya untuk menghalalkanya dan berkayakinan bahawa perkara itu diharuskan
  
Menyembah kuburan

Kepercayaan bahawa para wali yang telah meninggal dunia  mampu memenuhi hajat, serta mampu membebaskan manusia dari berbagai kesulitan. Dengan kepercayaan seumpama itu, mereka lalu meminta pertolongan dan bantuan kepada para wali yang telah meninggal dunia, pada hal Allah s.w.t. berfirman: ( Q.S. al-Isra’: 23 )

Sebahagian penyembah kubur mohon syafaat kesenangan dan kesukaran hidup. Termasuk dalam kategori menyembah kuburan adalah memohon kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, sama ada para nabi, orang-orang saleh, atau lainnya untuk mendapatkan syaafat  atau melepaskan diri dari berbagai kesukaran hidup. Pada hal Allah s.w.t. berfirman:  (Q.S. al-Naml: 62 )

Sebahagian penyembah kubur menyebut syeikh atau wali tertentu ketika mengalami  kesukaran hidup. Sebahagian mereka, bahkan membiasakan dan menjadikan sebagai adat menyebut nama syeikh atau wali tertentu, sama ada dalam keadaan berdiri, duduk, ketika melakukan  sesuatu kesalahan, dalam setiap situasi sulit,  ketika ditimpa petaka, musibah atau kesukaran hidup.

Di antaranya ada yang menyeru: “Wahai Muhammad.”

Yang lain lagi menyebut: “Wahai Jailani.”

Kemudian ada yang menyebut: “Wahai Syazali.”

Dan yang lain menyebut: “Wahai Rafai.”

Yang lain lagi: “Al-Idrus Sayyidah Zainab.”

Ada pula yang menyeru: “Ibnu ‘Ulwan.”

Dan banyak lagi. Pada hal Allah telah menegaskan: ( Q.S. al-A’raaf: 194 )

Sebahagian penyembah kubur itu bertawaf mengelilingi kubur. Mencium setiap sudutnya, lalu mengusapkannya kebahagian-bahagian tubuhnya. Mereka juga mencium pintu  kubur tersebut dan melumuri wajahnya dengan tanah dan debu kubur. Sebahagian  bahkan ada yang bersujud ketika melihatnya,  berdiri di depannya dengan penuh khusyuk, merendahkan dan menghinakan diri seraya mengajukan permintaan dan memohon hajat mereka.  Ada yang meminta sembuh dari sakit, mendapatkan keturunan, dipermudahkan urusannya dan jarang daripada mereka menyeru: Ya sayyidi, aku dating kepadamu dari negeri yang jauh, maka janganlah engkau kecewakan aku.pada hal Allah s.w.t. berfirman: ( Q.S. al-Ahqaf: 5 )

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allahnescaya akan masuk neraka.” (H.R. Imam Bukhari)

Sebahagian penyembah kubur  mencukur rambut diperkuburan. Sebahagian lagi membawa buku yang berjudul: Manasikul hajjil masyahid ( Tata cara ibadah haji di kubur keramat ). Yang mereka maksudkan dengan masyahid adalah kubur-kubur para wali. Sebahagian mereka percaya bahawa para wali itu turut mengatur alam semesta, dan mereka mampu member mudharat dan manfaat. Pada hal Allah berfirman: ( Q.S. Yunus: 107)

Meletakkan bantal, botol susu atau puting susu dan air atau makanan. Mereka meletakkan barang-barang keperluan bayi atau kanak-kanak di atas kuburan dengan alas an bahawa anak-anak tersebut boleh menggunakan barang tersebut untuk keperluan mereka di sana. Mereka juga beranggapan bahawa anak-anak tersebut dahaga  dan perlukan susu.

Termasuk syirik adalah bernazar selain Allah dengan meletakkan lilin dan lampu untuk para ahli kubur.

Termasuk syirik besar adalah menyembah binatang untuk selain Allah kerana Allah berfirman: ( Q.S. al-Kuthar: 2 )

Maksudnya berkorbanlah hanya untuk Allah dan atas namaNya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah.” (H.R. Imam Muslim)

Pada binatang sembelihan itu terdapat dua hala yang diharamkan:
Pertama: Penyembelihannya untuk selain Allah.
Kedua: Penyembelihan dengan atas nama selain Allah.
Kedua-dua perkara ini menjadikan daging binatang semebelihan itu tidak boleh dimakan.

Termasuk penyembelihan jahiliyah yang terkenal di zaman kita waktu ini adalah menyembelihi untuk jin.
Iaitu apabila mereka membeli rumah atau membinanya, atau ketika mengali perigi, merek menyembeli di tempat tersebut atau di depan pintu gerbangnya sebagai sembelihan (sajian) kerana takut dari genggaman jin.

Di antara contoh syirik besar dan perkara ini umum dilakukan adalah menghalalkan ada yang diharamkan oleh Allah s.w.t. atau sebaliknya mengharamkan perkara halal.

Atau kepercayaan bahawa seseorang memiliki dalam hak masalah tersebut selain Allah s.w.t.

Atau berhukum dengan perundangan jahiliah secara sukarela dan atas kemahuannya untuk menghalalkanya dan berkayakinan bahawa perkara itu diharuskan.
Allah s.w.t.  menyebut kufur besar ini dalam firman Allah s.w.t.: ( Q.S. al-Taubah: 31)

Ketika Adi bin Hatim mendengar ayat tersebut yang sedang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. ia berkata: “orang-orang itu tidak menyembah mereka. Rasulullah s.a.w. dengan tegas bersabda: Benar, tetapi mereka (orang-orang alim atau para  rahib itu) menghalalkan untuk mereka apa yang diharamkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya halal. Dan mengharamkan atas mereka aapa yang dihalalkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya sebagai barang haram, itulah bentuk ibadat mereka kepada orang-orang alim dan rahib.” (H.R. Imam al-Baihaqi dan al-Tirmizi)

Allah menjelaskan, di antara sifat orang-orang musyrik adalah sebagaimana firman Allah s.w.t.: (Q.S. at-Taubah: 29 ) (Q.S. Yunus: 59)
Sihir

Termasuk syirik yang banyak berlaku adalah sihir, perbomohan dan ramalan.
Ada pun sihir, ia termasuk perbuatan kufur dan di antara tujuh dosa besar yang menyebabkan kebinasaan. Sihir hanya mendatangkan bahaya dan adalah sama sekali tidak bermanfaat bagi manusia. Allah s.w.t. berfirman: ( Q.S. al-Baqarah: 102) (Q.S. Taha: 69)

Orang mengajar ilmu sihir adalah kafir. Allah s.w.t. berfirman:  (Q.S. al-Baqarah: 102)

Hukum bagi tukang sihir dibunuh,

Bomoh

Ramalan

Kerpercayaan adanya pengaruh bintang dan planet terhadap berbagai kejadian dan kehidupan manusia
                Ramalan bintang
                Azimat
                Mentera-mentera
                Kalung dari tulangan
      Kalung dari logam
                Cincin dengan pelbagai batu permata
Minta pertolongan daripada jin atau syaitan
Minta daripada gambar-gambar dan tulisan-tulisan yang tiada makna dan erti
Menulis ayat al-quran dan mencampakkannya
Menulis ayat al-quran dengan najis atau darah haid

Riyak dalam ibadah

Thiyarah

Bersumpah dengan nama selain Allah


Adalah buku sah bertajuk: Golongan Yang Dijanjikan Neraka. Karangan: Ustaz Akasyah Abd Manan Latibiy, diterjemahkan oleh: Syahrin Nasution dan diterbitkan oleh: Darul Nu’man, Kuala Lumpur (1998). Halaman 124-125.

No comments:

Post a Comment