Wednesday, 12 February 2014

MUSA DAN FIRAUN



Nabi Musa a.s.  mengajak Firaun dan kaumnya kepada tauhid. Nabi Musa a.s. menyeru Bani Israil melepaskan diri dari kezaliman Firaun dan menyeru Firaun kerana melalui nikmat Allah s.w.t. kepadanya ia berkuasa dan kaya-raya. Menghentikan kezalimannya melalui sifat sombong,  angkuh, keras kepala dan kekejaman-kejamannya kerana melakukan sewenang-wenangnya terhadap Bani Israil (kaumnya).   Nabi Musa a.s. menentangnya disebabkan oleh perkara tersebut. Nabi Musa mengajaknya supaya kembali kepada tauhid, tetapi Firaun menolak sebaliknya mendendami dan mengejar Nabi Musa a.s.. Allah s.w.t. menurunkan seksanya. Akhirnya tamatlah hayat Firaun raja yang zalim. Allah s.w.t. menceritakan peristiwa Firaun itu supaya kita beringat dan bertakwa kepadaNya melalui surah Ad-Dukhan ayat 17 hingga 31:

"Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
 (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku).
 (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)."
Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)."
Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -

Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya). "

No comments:

Post a Comment